Thursday, July 5, 2012

Cinta dan Tanggungjawab

Memang mudah melafazkan cinta...Tetapi adakah perbuatan kita seiring apa yang dilafazkan...atau hanya sekadar lafaz yang harus di lafazkan.. .Cinta harus seiring dengan tanggungjawab... .Andai ada cinta tetapi tiada tanggungjawab apalah ertinya... TangGungjawab tanpa cinta juga seakan bunga yang hanya sekadar di siram di setiap hari tetapi tidak di bajai oleh tuannnya... Andai kita merasa cinta kepada Pencipta kita (Allah), kita harus menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambanya... Andai kita merasa cinta kepada Rasulullah s.a.w, Apakah kita sudah turuti segala sunnahnya? Andai kita melafaz cinta kepada Ibu dan Ayah...adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya kita sebagai anak melakukannnya? Andai sahaja si suami melafazkan cinta kepada si isteri...apakah hanya sekadar lafaz yang harus dituturkan?... atau sahaja hanya ada tanggungjawab yang harus di jalankan.. Tidahkah ianya sangat memerlukan antara satu sama lain ?... Mari kita fikirkan bersama..... Moga-moga hari ini kita lebih baik dari semalam. dan semoga kita masih di beri kesempatan untuk berbuat yang terbaik pada hari esok... ------------------------------------------------------------------------ ♥ ♥ ♥ anahanani

No comments:

Post a Comment