Sunday, December 25, 2011

kisah hati seorang ayah...

Nasihat seorang ayah kepada anak perempuannya di suatu ketika...Wahai anakku tuutplah auratmu,sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH dalam firmannya...
Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: `Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. 33:59)maka dgn itu ambil nasihat drku ini...
.Kemudian anak perempuannya bertanya : 'Wahai ayahku ajarkan kepadaku bagaimanakah cara menutup aurat yang sepatutnya...selayaknya bgku'
maka jawab si ayah sambil tersenyum....:'Tutuplah aurat sebagaimana kamu hendak menunaikan solat, Anakku, selagi mana pakaian yang engkau hiaskan pada dirimu tidak mampu untuk engkau bawa @ pakai menunaikan solat pada bile-bile masa,(engkau masih memerlukan telekung untuk menutup auratmu) selagi itulah engkau masih belum menyempurnakan AURAT yang harus engkau tutup dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi.


Apa maksud lelaki ajnabi?
Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


Apa dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]