Sunday, December 23, 2012

(^_^) Hari
ini saya dapat satu pengajaran dari sebuah kisah benar yang berlaku di perjalanan kehidupan ini ... "Anak-anak adalah permata ayah bonda Terpulang lah bagaimana untuk mencoraknya" Ayah dan Ibu, Di saat anak-anak mu berumur 0-6 tahun, Kasihilah mereka, manjakanlah mereka tanpa ada perbezaan di antara mereka . Ayah dan Ibu, Di ketika umur anakmu menginjak kepada 7-14 tahun, Didiklah mereka dengan sifat yang terpuji, agar nanti mereka menjadi manusia yang punya akhlak tertinggi. Ajarilah mereka tentang kefardhuan Solat Lima Waktu yang akan menjadi tiang agama buat empunya diri. Andai saja dia tidak mahu turuti, di tuntutkan kepada dirimu agar memberi pukulan kepada diriya. Ya pukulan yang bagaimana? Pukulan yang dapat mendidik jiwanya , bukan pukulan yang berlandaskan hawa nafsu dirimu. Ibu dan Ayah, Sewaktu umur anakmu mencapai kepada 15-21 tahun, Ketahuilah wahai ibu dan ayah bahawa sesungguhnya di saat inilah jiwa muda anakmu penuh dengan pemberontakkan. Maka di saat inilah jadikan mereka sebagai teman bicara mu, agar hati mereka sentiasa dekat denganmu, di masa ini bukan lagi saat untuk kau menghuku mereka dengan sebuah pukulan, tidaklah melainkan itu hanya menjadi sebuah dendam yang akan bersarang dalam jiwanya. Ibu dan Ayah, Ketika mana anakmu sudah mencapai umur 21 dan keatas, Berilah sepunuh kepercayaan & kebebasan kepada mereka dalam membuat keputusan sendiri, kerana di saat ini yang perlu engkau lakukan kepada mereka adalah menuntun mereka,agar mereka sentiasa berada di jalan yang di redhai olehNya . Wahai Ayah dan Ibu Ketahuilah sesugguhnya masa kecil anakmu itu tidak akan pernah berulang buat kali yang kedua.Dan saat yang terpenting untuk kau mencoraknya adalah di ketika mana mereka masih kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa, melainkan dengan tunjuk ajar dari dirimu. Ibu dan Ayah Andai saja segala yang terbaik kau telah lakukan buat mencorakkan mereka, maka di ketika itulah serahkan segala pengaharapanmu kepada AllahuArrahim, kerana Dialah yang menciptakan dirimu dan anak-anakmu, maka Dia jualah pemilik hati-hatimu dan hati-hati mereka. Ya itulah hakikat sebuah kehidupan.. Wahai ibu dan ayah, Namun, Jika hari ini anakmu menderhakai mu, tanyalah dirimu "Apa yang kau telah berikan sebagai makanan yang akan menjadi darah daging kehidupan mereka ?" . Jika hari ini anak-anakmu punya pelbagai masaalah akhlak yang melanda remaja hari ini, tanyalah dirimu "Apa contoh terbaik yang kau jadikan teladan buat mereka sedari mereka kecil lagi ?" . Jika hari ini terlalu banyak dosa yang anakmu lakukan terhadap Pencipta dirinya, tanyalah dirimu "Bagaimanakah corak didikan yang engkau lukiskan di atas kain putih yang telah diberikan sebagai sebuah anugerah buat dirimu ? . Ayah dan Ibu, Andai suatu saat nanti anakmu itu membuat suatu kesalahan sama ada kepada Pencipta mahupun manusia, dan ketika itulah engkau merasakan itulah perbuatan yang terburuk, yang tidak dapat kau menerimanya, JANGAN pernah kau menghukum dirinya.. Ingatlah bahawa, Sesungguhnya kita ini manusia dan hamba kepada Pencipta, Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri, Kita juga turut pernah melakukan silap dan dosa , Namun hingga ke saat ini dirimu masih lagi memperoleh rahmat dari ILLAHI . Ayah dan Ibu Di ketika itu, Maafkanlah diri mereka, JANGAN pernah kau menghukumnya, Andai hari dulu kau terkhilaf dari Jalan yang di tunjuki kepadamu , Di saat itu kembali lah kepadaNYA. Kerana DIA tidak akan pernah mengecawakanmu. Kepada Si AYAH , Pimpinlah keluargamu kepada jalan yang diredhai oleh ALLAH Tuhan yang menciptakanmu. Kepada Si IBU, Bantulah ayah kepada anak-anakmu mencapai rahmat dan inayyah dari Tuhan.

Thursday, July 5, 2012

Cinta dan Tanggungjawab

Memang mudah melafazkan cinta...Tetapi adakah perbuatan kita seiring apa yang dilafazkan...atau hanya sekadar lafaz yang harus di lafazkan.. .Cinta harus seiring dengan tanggungjawab... .Andai ada cinta tetapi tiada tanggungjawab apalah ertinya... TangGungjawab tanpa cinta juga seakan bunga yang hanya sekadar di siram di setiap hari tetapi tidak di bajai oleh tuannnya... Andai kita merasa cinta kepada Pencipta kita (Allah), kita harus menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambanya... Andai kita merasa cinta kepada Rasulullah s.a.w, Apakah kita sudah turuti segala sunnahnya? Andai kita melafaz cinta kepada Ibu dan Ayah...adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya kita sebagai anak melakukannnya? Andai sahaja si suami melafazkan cinta kepada si isteri...apakah hanya sekadar lafaz yang harus dituturkan?... atau sahaja hanya ada tanggungjawab yang harus di jalankan.. Tidahkah ianya sangat memerlukan antara satu sama lain ?... Mari kita fikirkan bersama..... Moga-moga hari ini kita lebih baik dari semalam. dan semoga kita masih di beri kesempatan untuk berbuat yang terbaik pada hari esok... ------------------------------------------------------------------------ ♥ ♥ ♥ anahanani

Saturday, March 24, 2012

sebarkan cintamu

MUTIARA CINTA Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan tersebut. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Friday, March 9, 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

‎.:: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

BERSYUKURLAH WAHAI WANITA :')

Tuesday, February 28, 2012

Kerana kasih dan Sayang


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^'

Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta kepada Allah kemudian disandarkan kepada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan ! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!...

Syurga menagih ujian manakala neraka di pagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tetapi takutlah jika cinta mu itu mampu melenyapkan cinta yang maha esa dalam jiwamu.sesuatu yang kau suka tidak semestinya memberi kebaikkan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikkan..

Saturday, February 25, 2012

Duhai HATI..

hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.
juga bukanlah sekadar air mata..
saat ujian datang merapati.
tika itulah lah hati dan fikiranmu teruji..
siapakah yg amat gembira apabila ia diuji..
sudah fitrah ia akan merisaukan hati..
tetapi..
siapa yg masih mampu tersenyum..
juga masih terus melangkah..meski ia hampir rebah..
dialah setabah2 manusia..
dan dia lah hamba yg amat dicintai oleh-NYA..

aku faham akan perasaanmu..
aku tahu susah payahmu,
aku mendengar segala sakit siksamu..
aku mengerti cerita pahitmu..

SABARlah diri..mungkin sekali ujian ini adalah cara..
untuk mendidikmu..
untuk mengajarmu..
supaya menyandarkan segala HARAPAN dlm hidup ini..
hanya kpd DIA..ALLAH Yang Maha Mengetahui segala2nya...
jgn lepaskan setiap urusanmu selain kpd DIA.

Monday, January 23, 2012

Tidak perlu menunggu untuk ikhlas,tetapi burulah keikhlasan itu....
tidak perlu menanti untuk ikhlas,tetapi carilah keikhlasan itu....
Bukan mudah untuk memafkan ...
tetapi lebih sukar membiarkan kemarahan itu di dalam hati....
Ikhlaslah dalam menerima sesuatu ujian ...walaupun ianya pahit...

Ada tiga tahap golongan seseorang yang beriman ..
1.muslim
2.mukmin
3.muqarabin..

Pilihlah ditahap manakah yang engkau mahu duduki....tetapi ingat setiapnya adalah berbeza...bahkan yang terbaik di antaranya adalah jika engkau mampu menjadi golongan yang muqarabin....ketika dirimu ada orang memusuhi dirimu...engkau masih mampu memberi kebaikab kepadanya.....dengan membalas segala keburukan nya dengan kebaikan.... ♥

Thursday, January 19, 2012

Bila seorang wanita menangis kerana terluka atas perlakuan seorang lelaki,walaupun sakit itu bermakna dia masih sayangkan lelaki itu,jadi janganlah putus asa untuk menyapu kembali air matanya jangan terlalu takut untuk mengambil langkah memperbetulkan semula keadaan hingga semuanya sudah terlambat…kerana di saat air mata itu terhenti dengan sendirinya tanpa ada yang menyapunya ..kalau perkara itu berlaku…bermakna lelaki itu sudah tidak bermakna lagi untuknya…bila lelaki itu sudah tidak bermakna untuknya..dia akan ambil kembali hatinya yang telah di serahkan kepada lelaki itu..kalau sampai hatinya di ambil kembali takkan ada peluang lagi untuk dia serahkan kembali hatinya pada lelaki itu..:)