Tuesday, February 28, 2012

Kerana kasih dan Sayang


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^'

Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta kepada Allah kemudian disandarkan kepada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan ! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!...

Syurga menagih ujian manakala neraka di pagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tetapi takutlah jika cinta mu itu mampu melenyapkan cinta yang maha esa dalam jiwamu.sesuatu yang kau suka tidak semestinya memberi kebaikkan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikkan..

Saturday, February 25, 2012

Duhai HATI..

hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.
juga bukanlah sekadar air mata..
saat ujian datang merapati.
tika itulah lah hati dan fikiranmu teruji..
siapakah yg amat gembira apabila ia diuji..
sudah fitrah ia akan merisaukan hati..
tetapi..
siapa yg masih mampu tersenyum..
juga masih terus melangkah..meski ia hampir rebah..
dialah setabah2 manusia..
dan dia lah hamba yg amat dicintai oleh-NYA..

aku faham akan perasaanmu..
aku tahu susah payahmu,
aku mendengar segala sakit siksamu..
aku mengerti cerita pahitmu..

SABARlah diri..mungkin sekali ujian ini adalah cara..
untuk mendidikmu..
untuk mengajarmu..
supaya menyandarkan segala HARAPAN dlm hidup ini..
hanya kpd DIA..ALLAH Yang Maha Mengetahui segala2nya...
jgn lepaskan setiap urusanmu selain kpd DIA.