Friday, March 9, 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

‎.:: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

BERSYUKURLAH WAHAI WANITA :')

Tuesday, February 28, 2012

Kerana kasih dan Sayang


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^'

Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta kepada Allah kemudian disandarkan kepada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan ! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!...

Syurga menagih ujian manakala neraka di pagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tetapi takutlah jika cinta mu itu mampu melenyapkan cinta yang maha esa dalam jiwamu.sesuatu yang kau suka tidak semestinya memberi kebaikkan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikkan..

Saturday, February 25, 2012

Duhai HATI..

hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.
juga bukanlah sekadar air mata..
saat ujian datang merapati.
tika itulah lah hati dan fikiranmu teruji..
siapakah yg amat gembira apabila ia diuji..
sudah fitrah ia akan merisaukan hati..
tetapi..
siapa yg masih mampu tersenyum..
juga masih terus melangkah..meski ia hampir rebah..
dialah setabah2 manusia..
dan dia lah hamba yg amat dicintai oleh-NYA..

aku faham akan perasaanmu..
aku tahu susah payahmu,
aku mendengar segala sakit siksamu..
aku mengerti cerita pahitmu..

SABARlah diri..mungkin sekali ujian ini adalah cara..
untuk mendidikmu..
untuk mengajarmu..
supaya menyandarkan segala HARAPAN dlm hidup ini..
hanya kpd DIA..ALLAH Yang Maha Mengetahui segala2nya...
jgn lepaskan setiap urusanmu selain kpd DIA.

Monday, January 23, 2012

Tidak perlu menunggu untuk ikhlas,tetapi burulah keikhlasan itu....
tidak perlu menanti untuk ikhlas,tetapi carilah keikhlasan itu....
Bukan mudah untuk memafkan ...
tetapi lebih sukar membiarkan kemarahan itu di dalam hati....
Ikhlaslah dalam menerima sesuatu ujian ...walaupun ianya pahit...

Ada tiga tahap golongan seseorang yang beriman ..
1.muslim
2.mukmin
3.muqarabin..

Pilihlah ditahap manakah yang engkau mahu duduki....tetapi ingat setiapnya adalah berbeza...bahkan yang terbaik di antaranya adalah jika engkau mampu menjadi golongan yang muqarabin....ketika dirimu ada orang memusuhi dirimu...engkau masih mampu memberi kebaikab kepadanya.....dengan membalas segala keburukan nya dengan kebaikan.... ♥

Thursday, January 19, 2012

Bila seorang wanita menangis kerana terluka atas perlakuan seorang lelaki,walaupun sakit itu bermakna dia masih sayangkan lelaki itu,jadi janganlah putus asa untuk menyapu kembali air matanya jangan terlalu takut untuk mengambil langkah memperbetulkan semula keadaan hingga semuanya sudah terlambat…kerana di saat air mata itu terhenti dengan sendirinya tanpa ada yang menyapunya ..kalau perkara itu berlaku…bermakna lelaki itu sudah tidak bermakna lagi untuknya…bila lelaki itu sudah tidak bermakna untuknya..dia akan ambil kembali hatinya yang telah di serahkan kepada lelaki itu..kalau sampai hatinya di ambil kembali takkan ada peluang lagi untuk dia serahkan kembali hatinya pada lelaki itu..:)

Sunday, December 25, 2011

kisah hati seorang ayah...

Nasihat seorang ayah kepada anak perempuannya di suatu ketika...Wahai anakku tuutplah auratmu,sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH dalam firmannya...
Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: `Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. 33:59)maka dgn itu ambil nasihat drku ini...
.Kemudian anak perempuannya bertanya : 'Wahai ayahku ajarkan kepadaku bagaimanakah cara menutup aurat yang sepatutnya...selayaknya bgku'
maka jawab si ayah sambil tersenyum....:'Tutuplah aurat sebagaimana kamu hendak menunaikan solat, Anakku, selagi mana pakaian yang engkau hiaskan pada dirimu tidak mampu untuk engkau bawa @ pakai menunaikan solat pada bile-bile masa,(engkau masih memerlukan telekung untuk menutup auratmu) selagi itulah engkau masih belum menyempurnakan AURAT yang harus engkau tutup dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi.


Apa maksud lelaki ajnabi?
Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


Apa dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]